Tuesday, October 29, 2019

Tipu Tanah: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi RM600,000

Tipu Tanah: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi RM600,000

[Harian Metro - Rabu, 30 Oktober 2019]



Johor Bahru: Mahkamah Tinggi (Sivil) di sini, semalam, memerintahkan sebuah syarikat pemaju hartanah memindah hak milik tanah penduduk di Taman Saujana, Masai di sini.

Hakim Awang Armadajaya Awang Mahmudturut memerintahkan syarikat Pembangunan Tanah dan Perumahan Sendirian Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM600,000 kepada Linda Othman, 38, waris kepada harta pusaka bapanya, Allahyarham Othman Ismail.

Perintah itu dikeluarkan mahkamah selepas mendapati berlaku penipuan fraud dalam urusan pembelian tanah dan pengeluaran geran kepada pembeli tanah berkenaan.

Linda selaku plaintif turut menerima bayaran denda berbentuk pengajaran berjumlah RM150,000 yang akan dijelaskan oleh syarikat pemaju hartanah itu selaku defendan.

Linda diwakili peguan Rosli Kamaruddin dan Muhammad Zahier Rosli manakala defendan diwakili peguan Amer Ashraf Azuddin.

Linda mewakili arwah bapanya tahun lalu memfailkan permohonan menuntut semula tanah milik orang tuanya itu yang dibeli pada tahun 1971 dengan harga RM1,752.



No comments:

Post a Comment