Kenapa kita tuntut Kerajaan Negeri Johor tubuhkan Badan Inkuiri berkaitan kes tanah Taman Saujana?
Oleh: Sharif Yassin
Jawapan:
1) Kuasa ada di tangan Kerajaan Negeri Johor untuk menghuraikan kes yang sudah berlarutan sehingga 50 tahun ini.
2) Kerajaan Negeri Johor ada kuasa untuk menyiasat salah laku penjawat awam yang terlibat dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Syed Ali al Attas dan syarikat Pembangunan Tanah & Perumahan Sdn Bhd. Ini adalah kerana semua urusan tanah tidak boleh tidak mesti melibatkan Pejabat Tanah dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
3) Kerajaan Negeri Johor boleh berkolaborasi dengan mahkamah/badan kehakiman untuk memantau setiap kes tanah di Taman Saujana dengan memastikan keadilan dapat ditegakkan.
4) Badan Inkuiri boleh berkolaborasi dengan SPRM untuk menyiasat dengan lebih efektif sehingga tiada ruang utk puak2 pemaju atau orang2 yg berkepentingan menunggang agensi2 kerajaan atau institusi kehakiman utk menjaga kepentingan2 mereka.
5) Badan Inkuiri punya kuasa dengan perintah mahkamah utk melakukan satu injunction menghentikan semua kes yang sedang dibicarakan dimahkamah berkaitan tanah2 di Taman Saujana sehingga pihak pemaju yg terlibat tidak dapat meneruskan kerja jahat mereka mengarahkan penduduk keluar dan meroboh rumah2 mereka. Selagi siasatan tidak selesai dn belum di bentangkan di Dewan Undangan Negeri...selagi itulah tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak pemaju.
Kes nie masih tak selesai? Arwah Pak Lang & Mak Lang saya sudah meninggal dunia menunggu hasil muktamad perkara ini.
ReplyDeleteArwah Pak Lang saya pencen PDRM Marin - Wan Shahid Wan Mohamed