Wednesday, October 30, 2019

Soalan & Jawapan Antara Syed Ali/PTPSB Dan JKBTS PPIM

Oleh: Sharif Yassin


Jawapan Tuntas JKBTS PPIM Terhadap Tuduhan & Dakwaan Palsu Syed Ali & PTPSB Ke Atas Pembeli-Penduduk Taman Saujana.

Syed Ali & PTPSB Khianat & Pemaju-Pemaju Bejat mendakwa:

Penduduk-penduduk adalah penceroboh “tanah-tanah” mereka. Notis dikeluarkan dan dipacak diatas “tanah” mereka melarang sesiapapun mengguna atau mengambil “tanah” mereka.


Jawapan JKBTS PPIM:

Ini adalah suatu kebohongan yang nyata, dakwaan palsu dan berniat jahat keatas penduduk/pembeli tanah-tanah Taman Saujana.

Tiada pencerobohan yang dilakukan oleh penduduk/pembeli kerana tanah yang diduduki adalah milik mereka yang sah tapi di tipu oleh Syed Ali & PTPSB.

Tanah Taman Saujana adalah tanah yang telah dijual mengikut prosedur undang-undang jual beli oleh Syed Ali & PTPSB.

Kontrak Jual beli telah termeterai semenjak tahun 1967 lagi. Ditandatangan oleh Pengarah/Pemegang Amanah PTPSB dengan disaksikan oleh Peguam PTPSB.


Syed Ali & PTPSB Khianat & Pemaju-Pemaju Bejat mendakwa lagi:

Penduduk hanya mengaku sahaja mereka pembeli tanah padahal mereka tidak punya dokumen sah untuk menunjukkan mereka telah membeli tanah tersebut.


Jawapan JKBTS PPIM:

Sekali lagi mereka tuduh dengan tuduhan palsu dan berniat jahat untuk menafikan hak penduduk/pembeli. Sehingga ke saat ini, majoriti penduduk memiliki bukti pembelian dan bayaran yang telah mereka tunaikan kepada Syed Ali & PTPSB.

Bukan dakwaan dan bukan pengakuan kosong malah majoriti besar penduduk masih lagi menyimpan dokumen asal yang lengkap dengan resit-resit asal yang telah disetem. Jika dijual dokumen-dokumen ini pasti tinggi nilainya kerana dokumen-dokumen itu mengandungi bukti sahih akan pemilikan mereka yang dinafikan secara jahat oleh pemaju.

No comments:

Post a Comment