Kontrak Jual Beli Tanah Antara Syed Ali/PTPSB Dan Pembeli Tanah Taman Saujana
Oleh: Sharif Yassin
Kontrak jualbeli tanah diantara Syed Ali /PTPSB dengan penduduk2 adalah kontrak yg sah dari segi undang2. Berdasarkan Akta Kontrak 1950, kontrak jual beli antara PTPSB dengan penduduk/pembeli adalah sah dan boleh dikuatkuasakan secara undang-undang, perjanjian didalam dokumen itu mengandungi elemen-elemen yang memenuhi syarat kontrak yang sah. Elemen-elemen tersebut adalah:-
Syed Ali & PTPSB telah menawarkan kepada pembeli/penduduk dengan niat bahawa tawaran itu akan mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang- undang apabila janji itu diterima oleh pembeli/penduduk. Elemen elemen tawaran adalah jelas, lengkap dan muktamad serta mengandungi terma yang jelas dan nyata ditujukan kepada pembeli/penduduk.
Pembeli/penduduk telah menandatangani perjanjian justru menunjukkan penerimaan kepada tawaran yang dibuat oleh Syed Ali & PTPSB. Ini merupakan elemen penting kerana penerimaan menandakan kontrak telah wujud. Penerimaan merupakan pernyataan persetujuan pembeli/penduduk kepada syarat syarat yang terkandung dlm kontrak yang dibuat oleh Syed Ali & PTPSB.
Perjanjian didalam kontrak yang termeterai antara pihak syed Ali & PTPSB dengan pembeli/penduduk adalah bukti yang menunjukkan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang.
Pembeli/penduduk telah melakukan pembayaran kepada tawaran yang disyaratkan oleh Syed Ali & PTPSB.
Kontrak yang termeterai diantara Syed Ali & PTPSB dengan pembeli/penduduk adalah sah kerana ia mempunyai peruntukan nyata dan tidak samar.
Pembeli/penduduk pada ketika membeli adalah dewasa iaitu di atas umur 18 tahun, mempunyai akal yang sempurna dan tiada halangan atau tidak hilang kelayakan dalam membuat kontrak (muflis).
Makanya jangan cuba2 nak pusing dan putar!!!!
No comments:
Post a Comment